Quantcast
Channel: Aku Adalah Cucu Tuanku Munawir dengan Engku Fatimah Zaharah
Viewing all 112 articles
Browse latest View live

KERETA PERODUA VIVA UNTUK DISEWA @ HARIAN

$
0
0





1hari RM75
weekends RM85
3hari diberi diskaun
kereta auto n jimat minyak 
kereta dijaga dengan bersih
kami hanya memerlukan
salinan lesen memandu
salinan ic 
kad pelajar (jika pelajar)
deposit 50 ringgit (dikembalikan selepas memulangkan kereta dalam keadaan baik)
*" KAMI JUGA MEMPUNYAI KERETA SEWA YANG LAIN SELAIN PERODUA VIVA "*
sebarang pertayaan
SMS/Call/Whatsapp
AINI 013-6431184/013-6277288

 — in Kuala Lumpur

Taubat Almarhum Sultan Perak Di Masjidil haram....."Aku Tak Minum Arak Lagi,Aku Minum Teh Cina"

$
0
0
Dalam banyak-banyak cerita itu, tersebutlah sebuah kisah bagaimana kononnya seorang Sultan telah mangkat ketika sedang minum-minum.

 Disebabkan adanya orang politik yang memusuhi Sultan tersebut,maka cerita yang tak betul itupun disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan.

 Cerita sebenarnya, mengenai Sultan ke Mekah dan bertaubat tidak pula disebutkan.

                                          
Saya berbangga kerana masih ada lagi penulis yang sanggup menulis tentang kebenaran yang hak.Oleh itu di bawah ini saya siarkan semula tulisan beliau yang telah disiarkan pertama kalinya dalam majalah ‘Imam’ edisi Januari 1990. Disamping itu saya juga menyiarkan sebuah tulisan yang lain bertajuk ‘Dari Istana Ke Bilik Suluk’ oleh Muhamad Jihad.

Cerita mengenai Sultan tersebut ditulis oleh Akhdiat Miharja itu saya petik seperti berikut.


Kekuasaan dan kemewahan hidup menjadikan manusia lupakan Allah dan melakukan segala kemungkaran, tetapi ketika diburu maut, penyesalan dan taubat menggantikan titik terakhir bagi kehidupan.

Demikian juga yang berlaku ke atas Almarhum Sultan Perak, Raja Idris Shah Ibni Sultan Alang Iskandar – beliau mengakui melakukan berbagai-bagai maksiat dan kemudiannya bertaubat dalam masjid Haram.

“Saya banyak dosa, tak lalu nak bilang, macam gunung, macam Sungai Perak,” titah baginda kepada saya.

“Saya tau saya banyak berpura-pura kepada rakyat, depan mereka saya macam orang alim, tapi di belakang, di luar negeri saya berbuat maksiat,” titahnya.

“Allahu Akbar, saya tau dosa dan pahala, halal dan haram, tapi kerana saya Sultan yang berkuasa, mewah hidup dan lupakan Allah, saya buat semuanya,” titah Sultan lagi.

“Saya syukur, saya sempat bertaubat dalam Masjid Haram…saya menangis, saya menyesal…saya harap Allah terima taubat saya sebelum saya mati,” tambahnya.
Demikian suatu madah rendah diri dari seorang Sultan kepada saya di Istana Tambun, Ipoh kira-kira jam 3.00 pagi dalam tahun 1983.Baginda baru kembali dari melakukan ibadah umrah di Makkah.

Saya dijemput ke Istana Tambun oleh baginda sehari selepas baginda pulang dari Makkah dan pertemuan saya dengan baginda pada pagi itu benar-benar terasa sedih dan pilu dalam diri saya.
Ketika saya tiba di ambang pintu Istana Tambun kira-kira jam 11.00 malam, seorang pegawai istana memberitahu saya, yang Sultan sedang menunggu saya dalam bilik di tingkat atas.


                                
“Ada siapa bersama baginda?” saya bertanya.
“Tak ada, baginda sedang baca Quran,” jawab pegawai itu.
Sebaik baik saja saya mendengar kata-kata pegawai yang lurus seperti pegawai istana Harun Amirul Rasyid itu, timbul sesuatu yang luar biasa dalam hati saya.

“Kalau Sultan dah baca Al-Quran, ini dah ganjil,” hati saya berkata lalu saya memanjat tangga istana.

                               

Sebagai penulis, saya diberikan kebebasan oleh Sultan Perak untuk masuk ke dalam mana-mana istananya di Kuala Kangsar dan di Ipoh hingga Istana Perak di Kuala Lumpur.

Sebaik-baik saja saya melangkah masuk ke dalam bilik dan belum sempat saya memberi salam, Sultan Perak dengan nada bergurau bertitah, “Orang dah kaya, aku yang dah nak mati ni pun tak ingat.”

                                

“…Tuanku belum nak mati, umur Tuanku panjang,” saya berkata sambil menghulurkan dua puntung tangan kepada baginda lalu baginda menyambut.

“You kata aku panjang umur, Allah kata you tak tau,” titah Sultan dengan wajah tenang.

Saya diam dan duduk atas kerusi di hadapan baginda.

“Nah, minum air zam-zam ni, aku ajak pergi ke Makkah tak nak, bukan kena keluar duit, aku yang nak belanja,” titah Sultan sambil mengunjuk gelas kosong kepada saya.

Waktu itu saya diam dan hanya mecapai jag berisi air zam-zam lalu menuang ke dalam gelas dan saya minum.

                                

“Tuanku sihat di Makkah?”
“Sihat tu sihatlah, tapi hati…Allah yang tahu,” titahnya.
“Ngapa, ingatkan yang baru ni (isteri)?” saya bergurau.

“Tak, aku tak ingat siapa, yang aku ingat mati…, aku akan mati tak lama lagi…,”jawab baginda.

Saya sedar Sultan Perak ada menuntut ayat Al-Quran dari Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim di Kepala Batas dan sekiranya ayat Al—Quran yang dihafal itu tidak dapat dibaca atau lupa, maka bererti maut hampir tiba kepada yang menghafal ayat tersebut.

“You buat tak tau, kan guru kita dulu ajar ayat Quran tu, di Makkah aku lupa ayat tu,” titah Sultan.

“Tak tuntut ayat tu, Tuanku, patik tuntut ayat lain,” saya berkata serius.

                                   

“Aku lupa ayat tu sebaik-baik masuk ke Makkah…, aku menangis kerana aku banyak buat maksiat, doa…,” Titah Sultan sambil mengunjukkan sebuah Al-Quran kepada saya.

“Allah tau, aku ni Sultan, berkuasa, mewah hidup, rakyat jelata sanjung aku sebagai ketua agama Islam di negeri ini, tapi aku…,” titah Sultan dan kelihatan baginda mengesat air matanya dengan belakang tangan kirinya.

“…tapi aku menyesal, aku bertaubat dalam masjid Haram, aku menangis kerana insaf akan diri aku yang telah banyak buat dosa,” titah Sultan.

“Tuanku usah sedih, Allah tetap menerima taubat Tuanku, sekadarkan Tuanku jangan ulangi lagi, jangan tau buat, bukan taubat…” kata saya sambil senyum.

“Tak, aku tak buat lagi, aku tak minum arak lagi…aku hanya minum air teh China macam you…” titah baginda.

Dalam pertemuan kami dari jam 11.00 malam hingga jam 4.00 pagi itu tidak diganggu oleh sesiapa kerana baginda telah memberitahu pegawai istana supaya melarang orang masuk ke biliknya.

Di tingkat bawah ramai orang besar-besar dan pegawai kerajaan sedang minum-minum dan menari kata mereka bersyukur keranaSultan telah kembali ke tanahair.

Baginda bertitah dengan saya dari isi hatinya sendiri dan waktu itu saya digunakan oleh Sultan sebagai ulama atau pakar rujuk agama.

Saya menyebut begitu kerana Sultan membaca ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dan baginda bertanya kepada saya akan sesuatu dalam ayat-ayat itu.
“Kalau Allah tak terima taubat aku macam mana?”Sultan bertanya.

Mendengar soalan itu saya hampir ketawa dan kemudian bergurau dengan berkata, “…Tuanku akan dibakar dalam api neraka yang hangatnya entah berapa juta kali ganda dari hangat api yang ada ini.”

“Allahu Akbar…!” Sultan bertitah dalam keluhan.

“I waktu itu melihat dari jauh,” saya bergurau lagi.

“You lainlah, you tak minum arak, tak tinggal sembahyang, tak tinggal puasa, tapi aku…?” Tanya Sultan.

“Kan Tuanku dah bertaubat dan Allah sedia menerima taubat Tuanku,” kata saya untuk menghilangkan keraguan baginda.

“Tu aku tau, tapi…,” titah Sultan sambil merenung muka surat Al-Quran.

Sesuai dengan pengakuannya, saya dapati baginda tidak minum arak lagi, hanya minum teh China dan saya merenung di atas meja kecil di sudut bilik itu ada sehelai sejadah.

Baginda bertitah, bahawa kalaulah baginda seorang rakyat biasa, mahulah baginda tinggal tinggal bermastautin di Makkah dan sentiasa melakukan ibadat di dalam Masjidil Haram.

Saya tidak mahu menjawab apabila baginda bertanya, apakah Allah akan menyoalnya di akhirat nanti akan tanggungjawabnya sebagai seorang Sultan Pemerintah dan sebagai Ketua Agama Islam di negeri Perak iaitu sejauh mana tanggungjawab itu baginda telah tunaikan.

Baginda tahu saya tidak mahu menjawab soalan itu dan baginda mengalih titahnya kepada hal Menteri Besar Perak, politik masa ini dan hasrat Baginda supaya negeri Perak mengamalkan syariat Islam sepenuhnya.

                                          
Lalu saya berfikir pada pagi itu, bahawa Sultan Perak di hadapan saya adalah insan yang terpengaruh dengan segala kebendaan dan alim ulama dan orang Besar yang mengelilinginya tidak pernah menasihati baginda kepada jalan yang soleh.

“Tuanku ada mufti, kadi, dan alim ulama yang boleh membimbing Tuanku ke jalan yang soleh…” kata saya.


“Demo tu makan gaji…. Mana nak fikirkan semua ni…” titah baginda.



Saya hampir ketawa waktu itu kerana sebai-baik saja saya mendengar titah baginda saya teringat akan cerita filem Allahyarham P. Ramlee mengenai Negeri Perak, iaitu filem Musang Berjanggut.

                                                

Ulama dalam kisah Musang Berjanggut tidak menasihat Sultan kepada jalan yang soleh, sebaliknya dia melakukan kemungkaran.

Sayang apa yang kami cakapkan dan apa yang diluahkan oleh Sultan Perak kepada saya dari malam hingga ke pagi itu tidak seorang pun dari rakyat Negeri Perak mengetahuinya.

Waktu saya akan pulang meninggalkan Istana Tambun pada pagi itu, Sultan bertitah “Kalau aku mati, kalau you nak tulis biografi aku, jangan lupa tulis yang kita cakap tu.”

Beberapa hari kemudian baginda meninggal dunia sebelum meneguk air teh China dalam majlis jamuan yang diadakan oleh saudagar ikan di Sitiawan.

Baginda telah menitahkan saudagar ikan itu supaya menyediakan air teh China untuk baginda dalam majlis jamuan tersebut.

Oleh sebab anika jenis minuman keras turut dihidangkan dalam majlis itu, maka air teh China dalam gelas di hadapan baginda kelihatan seperti minuman keras juga.

Baginda meninggal dunia sebelum sempat minum air tersebut.saya mendapat tahu sepanjang perjalanan dari Taiping ke Sitiawan baginda telah bertengkar dengan isteri yang ke dua.

Sultan Perak mengidap sakit jantung disebabkan masa itu Negeri Perak diliputi oleh suasana krisis politik, iaitu antara baginda dengan Menteri Besar, Datuk Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, maka fitnah terhadap baginda disebarkan ke merata-rata yang kononnya baginda mangkat kerana banyak minum minuman keras.


Marilah kita semua menghadiahkan ‘Al-Fatihah’ ke atas roh baginda dan mendoakan semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan kita mohon kepada Allah agar meletakkan rohnya bersama orang-orang yang soleh.Amin Ya Rabbul Alamin.

- See more at: http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2014/05/taubat-almarhum-sultan-perak-di.html#sthash.sYNiRcB2.dpuf

Hina Sultan Perak:Tolong Ambil Tindakan Terhadap Yusof Segambut nie

$
0
0
                                       

Bila sikap orang kita yang tidak lagi menjaga tatasusila sebagai seorang manusia yang berhemah.Tak tahu salah siapa,salah didikan kelaurgakah atau diri sendiri yang biadap

                                       


                                         

                                         

Sehubungan dengan ini diminta pihak yang berwajib mengambil tindakan yang sewajarnya keatas Yusof Segambut...Orang sebeginilah yang menjadikan moral rakyat Malaysia apatah lagi jika dia sendiri adalah orang melayu semakin parah.
- See more at: http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2014/05/hina-sultan-peraktolong-ambil-tindakan.html#sthash.yxTkTpTA.dpuf

GELARAN ANUGERAH KEMULIAAN.

$
0
0




Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Muli Mulia ini, daripada Pentadbir; DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
Di Malaysia, Gelaran pangkal/awal nama bagi seseorang individu pemegang jawatan dalam Adat Karaeng adalah berbeza berdasarkan jawatan yang disandang/pegang dan berbeza juga mengikut umur seseorang itu, contohnya seorang Pengerusi yang berumur 42 tahun telah menerima anugerah gelaran Paduka Maharaja Indera Pahlawan maka, sebutan gelaran nama beliau ialah YTM Tuan Sri Paduka Maharaja Indera Pahlawan. Contoh lain, seorang Ahli Jawatankuasa berumur 42 tahun menerima anugerah gelaran Johan Panglima Lela Perkasa, maka sebutan gelaran namanya ialah YM Datuk Johan Panglima Lela Perkasa. Diperjelaskan seperti berikut:-
GELARAN ANUGERAH KEMULIAAN.
-Antara gelaran anugerah kemuliaan adalah seperti berikut:-
Pertama; Yang Teramat Mulia – (Y.T.M.) atau ringkasnya YTM. Sebutan panggilan ini dikhaskan kepada Presiden, Yang Dipertua atau Pengerusi.
Kedua; Yang Amat Mulia – (Y.A.M.) atau ringkasnya YAM. Sebutan panggilan ini dikhaskan kepada pemegang jawatan utama iaitu Timbalan Presiden, Timbalan Yang Dipertua, Naib Presiden, Naib Yang Dipertua atau Naib Pengerusi dan semua Setiausaha (termasuk Setiausaha Agung, Setiausaha Kehormat dan lain-lain). Mereka juga pemegang jawatan utama yang empat (4) dalam sesebuah Jawatankuasa atau juga dikenali sebagai Orang Besar Yang Empat atau Orang Besar Kerajaan Adat atau Orang Besar Istana/Karaton/Saoraja dan lain-lain.
Ketiga; Yang Mulia – (Y.M.) atau ringkasnya YM. Sebutan ini dikhaskan kepada semua Ahli Jawatankuasa kecuali Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan Pemeriksa Kira-Kira (Juruaudit). Mereka disebut panggilan, Yang Hormat – (Y.H.) atau ringkasnya YH.
GELARAN ANUGERAH KEHORMATAN.
Pertama; pemegang jawatan Gelar TUAN SRI.
Syarat-syaratnya;
-Gelaran ini dikhaskan kepada pemegang jawatan utama iaitu Presiden, Yang Dipertua dan Pengerusi.
-Hendaklah berumur tidak kurang daripada dua puluh lima (25) tahun.
Kedua; pemegang jawatan Gelar TUAN MUDA.
Syarat-syaratnya;
-Gelaran ini diguna pakai oleh semua Ahli Jawatankuasa kecuali Presiden, Yang Dipertua dan Pengerusi.
-Bagi mereka yang berumur dibawah dua puluh lima (25) tahun.
Ketiga; pemegang jawatan Gelar DATUK.
Syarat-syaratnya;
-Gelaran ini diguna pakai oleh semua Ahli Jawatankuasa kecuali Presiden, Yang Dipertua dan Pengerusi.
-Bagi mereka yang berumur tidak kurang daripada empat puluh (40) tahun.
Keempat; pemegang jawatan Gelar TOK.
Syarat-syaratnya;
-Gelaran ini diguna pakai oleh semua Ahli Jawatankuasa kecuali Presiden, Yang Dipertua dan Pengerusi.
-Bagi mereka yang berumur tidak kurang daripada tiga puluh (30) tahun dan tidak melebihi empat puluh (40) tahun.
Gambar2 yang dipamerkan sekadar informasi sahaja.

Ehsan dari Sri Pemangku Adat 

DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.

$
0
0


Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Muli Mulia ini, daripada Pentadbir; DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
Di Malaysia, Gelaran pangkal/awal nama bagi seseorang individu pemegang jawatan dalam Adat Karaeng adalah berbeza berdasarkan jawatan yang disandang/pegang dan berbeza juga mengikut umur seseorang itu, contohnya seorang Pengerusi yang berumur 42 tahun telah menerima anugerah gelaran Paduka Maharaja Indera Pahlawan maka, sebutan gelaran nama beliau ialah YTM Tuan Sri Paduka Maharaja Indera Pahlawan. Contoh lain, seorang Ahli Jawatankuasa berumur 42 tahun menerima anugerah gelaran Johan Panglima Lela Perkasa, maka sebutan gelaran namanya ialah YM Datuk Johan Panglima Lela Perkasa. Diperjelaskan seperti berikut:-
GELARAN ANUGERAH KEMULIAAN.
-Antara gelaran anugerah kemuliaan adalah seperti berikut:-
Pertama; Yang Teramat Mulia – (Y.T.M.) atau ringkasnya YTM. Sebutan panggilan ini dikhaskan kepada Presiden, Yang Dipertua atau Pengerusi.
Kedua; Yang Amat Mulia – (Y.A.M.) atau ringkasnya YAM. Sebutan panggilan ini dikhaskan kepada pemegang jawatan utama iaitu Timbalan Presiden, Timbalan Yang Dipertua, Naib Presiden, Naib Yang Dipertua atau Naib Pengerusi dan semua Setiausaha (termasuk Setiausaha Agung, Setiausaha Kehormat dan lain-lain). Mereka juga pemegang jawatan utama yang empat (4) dalam sesebuah Jawatankuasa atau juga dikenali sebagai Orang Besar Yang Empat atau Orang Besar Kerajaan Adat atau Orang Besar Istana/Karaton/Saoraja dan lain-lain.
Ketiga; Yang Mulia – (Y.M.) atau ringkasnya YM. Sebutan ini dikhaskan kepada semua Ahli Jawatankuasa kecuali Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan Pemeriksa Kira-Kira (Juruaudit). Mereka disebut panggilan, Yang Hormat – (Y.H.) atau ringkasnya YH.
GELARAN ANUGERAH KEHORMATAN.
Pertama; pemegang jawatan Gelar TUAN SRI.
Syarat-syaratnya;
-Gelaran ini dikhaskan kepada pemegang jawatan utama iaitu Presiden, Yang Dipertua dan Pengerusi.
-Hendaklah berumur tidak kurang daripada dua puluh lima (25) tahun.
Kedua; pemegang jawatan Gelar TUAN MUDA.
Syarat-syaratnya;
-Gelaran ini diguna pakai oleh semua Ahli Jawatankuasa kecuali Presiden, Yang Dipertua dan Pengerusi.
-Bagi mereka yang berumur dibawah dua puluh lima (25) tahun.
Ketiga; pemegang jawatan Gelar DATUK.
Syarat-syaratnya;
-Gelaran ini diguna pakai oleh semua Ahli Jawatankuasa kecuali Presiden, Yang Dipertua dan Pengerusi.
-Bagi mereka yang berumur tidak kurang daripada empat puluh (40) tahun.
Keempat; pemegang jawatan Gelar TOK.
Syarat-syaratnya;
-Gelaran ini diguna pakai oleh semua Ahli Jawatankuasa kecuali Presiden, Yang Dipertua dan Pengerusi.
-Bagi mereka yang berumur tidak kurang daripada tiga puluh (30) tahun dan tidak melebihi empat puluh (40) tahun.
Gambar2 yang dipamerkan sekadar informasi sahaja.
— with Sultan Notobroto and Sultan Demak.








Ehsan dari 
Sri Pemangku Adat

KELANTAN DARUL NAIM !!

$
0
0

Inilah sebab mengapa kami warga Kelantan bersyukur dilahirkan dinegeri Cik Siti Wan Kembang. Negeri Tadahan Wahyu yang hampir setiap hari dihina oleh saudara seagama kami.
Katanya negeri kami miskin harta, tetapi kami pelik kerana negeri miskin inilah yang mereka takut. Takut akan kekuatan rakyatnya, gentar akan sifat rendah diri pemimpinnya, gerun akan sifat tawadduk Sultannya.
Seorang Sultan yang sering memakai jubah, berkopiah dan tidak menggunakan karpet kuning diraja seperti raja-raja lain.
Inilah Sultan Kelantan , sultan kebanggaan kami rakyat Kelantan yang akan menjadi Ketua Agama Islam untuk Malaysia dalam beberapa tahun lagi..

Maret Berdarah di Sumatera Timur, 67 Tahun Silam

$
0
0
Masjid Sultan Ahmadsyah di Tanjung Balai. Di depan bangunan masjid terdapat sebuah kuburan massal. Foto-foto: Wan Ulfa Nur Zuhra.
Tanah itu tak luas. Ukurannya hanya sekitar 2 x 3 meter. Kondisinya tampak tak terurus. Rumput tumbuh sembarang. Lokasinya berada di halaman depan Masjid Raya Tuan Ahmadsyah, Tanjung Balai, sekitar empat meter dari bangunan masjid. Tak banyak orang yang tahu bahwa tanah tersebut adalah sebuah kuburan massal.
Sebanyak 73 nama terpahat di nisan tersebut. Mereka adalah korban dari penyerbuan dan pembantaian yang terjadi di Asahan, Sumatera Utara, tepat pada 67 tahun silam, yakni Maret 1946. Jasad-jasad yang ada di kuburan ini pada mulanya ditemukan dalam bentuk tulang belulang yang  terserak di Sungai Lendir. Sungai Lendir adalah sebuah kampung di Asahan, yang untuk mencapainya harus menggunakan perahu atau boat.
Pemilik jasad dari tulang belulang itu adalah para petinggi negara Kesultanan Melayu Asahan beserta cerdik pandai dan masyarakat umum. Di nisan itu pun tercantum dua orang Mandailing yang masing-masing bermarga Siregar dan Nasution.
***
3 Maret 1946, azan subuh belum lagi berkumandang di Tanjung Balai, Asahan. Ketika itu, Tengku Muhammad Yasir menyambut kedatangan ayahnya yang baru tiba dari istana. Ayahnya baru pulang berjaga-jaga karena terdengar kabar akan ada penyerangan.
Rumah keluarga Yasir tak jauh dari Istana Asahan. Kedua lokasi tersebut sama-sama berada dalam lingkaran Kota Raja Indra Sakti, yang di tengahnya terhampar lapangan hijau.
Ketika itu, Yasir, yang berusia 15 tahun, membukakan pintu untuk ayahnya. Dia lalu menatap ke arah lapangan hijau di depan rumahnya. Ada sekelompok orang merayap ke arah istana. Yasir melihat pakaian mereka biasa saja. Tapi, mereka membawa senjata api juga senjata tajam.
“Ontu, tengok itu, Ntu!” ujar Yasir pada sang ayah sambil menunjuk ke arah lapangan. Melihat apa yang terjadi, mereka kemudian masuk ke rumah.
Pukul enam pagi itu, istana diserang sekelompok orang dari berbagai laskar. Mereka disebut-sebut berasal dari Nasional Pelopor Indonesia (Napindo), Pemuda Sosialis Indonesia (Pesindo), Ku Tui Sin Tai (Barisan Harimau Liar), Barisan Merah/Partai Komunis Indonesia, Hizbullah, dan buruh-buruh Jawa dari perkebunan serta kaum tani. Seluruh keluarga dan kerabat kesultanan Melayu Islam serta orang-orang yang bekerja untuk istana ditangkap. Harta benda mereka dirampas. Sultan Sjaiboen Abdoel Djalil Rachmatsjah, Sultan Asahan waktu itu, melarikan diri dari belakang istana. Dia berlari menuju markas Jepang.
Para penyerbu itu sendiri umumnya merupakan organisasi-organisasi atau laskar-laskar yang tidak berpaut ke tanah Sumatera Timur atau Sumatera sendiri, dan merupakan bentukan Jepang untuk Perang Dunia II, untuk turut melawan orang kulit putih dan mereka yang berkawan dengan orang putih.
Satu jam kemudian, sejumlah orang datang ke rumah Yasir. Dia dan ayahnya dibawa. Tapi Yasir kesulitan berjalan karena tapak kakinya sedang sakit dan diperban. Melihat kaki Yasir yang sakit dan mengeluarkan bau tak sedap, dia tak jadi dibawa.
“Ah, tak usahlah kau ikut!” teriak salah seorang yang membawa mereka.
Yasir pun berjalan perlahan. Hanya saja, dia tak kembali ke rumahnya, tapi ke rumah Tengku Haniah, kakak sepupunya. Rupanya, di rumah itu pun tak ada lagi lelaki. Semua sudah dibawa sekelompok orang yang melakukan penyerangan. Dan tak lama datang lagi sekelompok orang untuk membawa mereka.
Tengku Haniah yang saat itu hamil tujuh bulan awalnya menolak untuk dibawa dengan alasan kehamilannya. Tapi sekelompok orang itu tak peduli. Mereka tetap dibawa ke rumah tahanan. Harta benda mereka juga di rampas. Pakaian pun tak sempat mereka bawa. Kali ini Yasir dibawa.
Rumah tahanan itu berupa rumah biasa saja. Di dalamnya terjejal ratusan orang. Sempit dan sesak. Anak-anak dan perempuan dimasukkan dalam satu rumah yang sama, termasuk Haniah beserta ibu dan kedua kakaknya. Perhiasan yang melekat di tubuh seluruh tahanan dilucuti. Habis, tak tersisa. Sementara Yasir di rumah tahanan khusus lelaki. Anak-anak menangis ketakutan.
Sehari-hari, mereka diberi beras dan ikan asin untuk dimakan. Beras dan ikan itu harus dimasak sendiri.
Dalam tahanan, Haniah tak henti-henti memikirkan nasib keluarganya yang diculik. Sebab, sampai waktu itu, tak ada kabar berita. Suaminya yang kala itu sedang berada di Medan untuk membeli obat juga tak terdengar kabarnya.
Dua bulan kemudian, Haniah melahirkan anak pertamanya di rumah tahanan. Dia tak didampingi suami, tak ditunggu keluarga besar, juga tanpa rasa bahagia layaknya seorang perempuan yang baru saja menjadi ibu. Kelahiran anaknya dibantu oleh seorang suster yang dipanggil oleh para penculik.
Sehari setelah melahirkan, Haniah langsung melakukan pekerjaan-pekerjaan seperti biasanya. Tak ada yang bisa diharap untuk membantunya. Semua orang sibuk dengan keperluannya masing-masing. Hampir empat bulan mereka hidup dalam tahanan, hingga akhirnya dibebaskan dengan syarat harus ada yang menjamin.
Salah seorang yang sangat diingat Yasir dalam penyerangan itu bernama Djamaluddin Tambunan. Dia adalah guru Yasir di sekolah. Yasir melihat gurunya itu ada di antara orang-orang yang melakukan penyerangan. Kelak, Djamaluddin dijadikan pahlawan nasional Indonesia dan dimakamkan di makam pahlawan di Medan.
Nisan yang berisi 73 nama korban di kuburan massal di Tanjung Balai.
Di Tanjung Pasir, tak jauh dari Tanjung Balai, ada sebuah negara Melayu berbentuk kesultanan Islam bernama Koealoe (Kualuh). Malam itu, 3 Maret 1946, sebagian besar penghuni Istana Koealoe sedang terlelap. Tiba-tiba terdengar suara pintu digedor-gedor dari luar. Seorang gadis 15 tahun, cucu dari Sultan Koealoe bernama Tengku Rahimah, tersentak ketika mendengar suara keributan di istana.
“Mana Tengku Besar? Mana Tengku Besar?” teriak orang-orang yang datang dengan senjata tajam. Mereka yang datang ke istana malam itu disebutkan terdiri dari macam-macam golongan. Rahimah mengenali mereka sebagai penduduk asli Koealoe, tapi kebanyakan orang-orang imigran Jawa yang bekerja di perkebunan.
Tengku Besar adalah gelar bagi Tengku Mansoer Sjah, ayah Rahimah yang merupakan putra dari Sultan Koealoe. Kebetulan, malam itu Tengku Mansoer Sjah tidak tidur di istana, tapi di rumah istri keduanya. Ibu Rahimah, istri pertama Mansoer Sjah, meninggal dunia saat Rahimah masih kecil.
“Tuanku mana? Mana Tuanku?”
Tuanku adalah panggilan bagi Tengku Al Hadji Moehammad Sjah, atok Rahimah, Sultan Koealoe saat itu. Malam itu, istana diobrak-abrik. Tuanku mereka bawa ke kuburan Cina, tak jauh dari istana. Tengku Besar juga dijemput dari rumah istrinya dan dibawa ke tempat yang sama.
Tengku Darman Sjah, adik Tengku Besar, malam itu sedang berada di kuburan istrinya yang baru saja meninggal dunia. Dia tak henti membacakan ayat-ayat Al-Quran. Malam itu, dia pun ikut dibawa. Di kuburan Cina itu mereka disiksa. Lalu ditinggalkan.
Pagi harinya, seorang nelayan yang lewat melihat tubuh mereka terkapar tapi masih bernyawa. Dengan bantuan masyarakat, dibawalah ketiga keluarga kesultanan tadi ke istana untuk kemudian dirawat. Tapi, sekitar pukul 11 siang, datang lagi sekelompok orang yang ingin membawa sultan dan kedua putranya. Mereka orang yang berbeda dari yang datang di malam sebelumnya.
“Rakyat menginginkan Tuanku dan kedua putranya dibawa ke rumah sakit,” kata salah seorang dari mereka.
“Usahlah, biar kami saja yang urus,” kata istri Sultan.
Tapi sekelompok orang yang datang itu memaksa. Dan keluarganya di istana tak bisa berbuat apa-apa. Mereka pun dibawa entah ke mana dan tak pernah pulang. Rahimah dan keluarganya yang lain juga ditawan selama lebih dari satu bulan. Mereka dibawa ke sana kemari, dari Rantau Prapat hingga Siantar.
***
Tengku Mad Drail, suami Tengku Haniah, sedang berada di Medan. Dia berusaha membeli obat bagi istrinya yang tengah mengandung tujuh bulan. Satu waktu, Mad Drail berjumpa dengan dr. Tengku Mansoer. Mansoer adalah keluarga Kesultanan Asahan yang menjadi dokter di Medan. Kelak, Mansoer menjadi Wali Negara/Presiden Negara Sumatera Timur.
“Mad, kau jangan pulang ke Tanjung Balai, revolusi sedang berjalan,” begitu kata Mansoer kepada Mad Drail.
“Cemanalah (macam mana-red), Tok, istri awak sedang hamil,” jawab Mad Drail yang kemudian memutuskan untuk tetap kembali ke Tanjung Balai.
Dari Medan, Mad Drail naik kereta api. Sampai di Kisaran, ketika keretanya berhenti di stasiun, sekelompok orang masuk ke gerbong dan membawanya. Sejak saat itu, keberadaan dan nasib Mad Drail tak pernah diketahui lagi.
Kisah dr. Mansoer dan Mad Drail ini diceritakan ulang oleh Yasir, sebagaimana yang pernah diceritakan dr. Mansoer kepadanya.
Kelak, ketika sudah menjadi Wali Negara/Presiden Negara Sumatera Timur, dr. Tengku Mansoer adalah orang menolak pemindahan kerangka korban-korban pembantaian di Sungai Lendir. Ketika keadaan sudah relatif stabil dalam Negara Sumatera Timur (1947 – 1950), memang ada pembicaraan untuk memindahkan kerangka korban pembantaian yang terserak itu. Akan tetapi, Mansoer berargumen bahwa dirinya tak mau ada dendam di antara keluarga korban yang dapat mengakibatkan kerusuhan lagi di Sumatera Timur.
Meski demikian, pada 2003, jasad-jasad yang terserak itu jadi juga dikumpulkan dan dimakamkan di depan Masjid Raya Tuan Ahmadsyah. Masyarakat dan keluarga korban turut membantu, termasuk Yasir dan Tengku Alex, anak dari Sultan Sjaiboen.
***
Penyerangan dengan cara penculikan, penahanan, pembunuhan, dan perampokan yang menimpa Yasir dan Haniah di Tanjung Balai, pun Rahimah di Koealoe, juga dialami di Langkat, Karo, Simalungun, Bilah, dan Kota Pinang. Deli dan Serdang tak mengalami penyerangan. Keluarga, kerabat, dan petinggi kesultanan-kesultanan Melayu Islam ini dibunuh, harta benda mereka dirampas sampai habis.
“Di Langkat, kedua putri Sultan Mahmoed diperkosa di depan ayahnya,” kata Tengku Zulkifli.
Tengku Zulkifli adalah anak Pangeran Langkat bernama Tengku Kamil. Pada Maret 1946, usia Zulkifli masih empat tahun. Kisah pemerkosaan itu jadi cerita turun temurun di keluarganya.
Zulkifli juga ikut menyaksikan pembongkaran kuburan korban pembantaian di Kebun Lada pada 1948. Di Kebun Lada itulah jenazah Tengku Amir Hamzah ditemukan, lalu dipindahkan ke Mesjid Azizi, Tanjung Pura. Tengku Amir Hamzah ketika itu adalah Pangeran Langkat Hilir, kemudian menjadi Bendahara Paduka Raja, lalu Pangeran Langkat Hulu, lantas Ketua Pengadilan Kerapatan Kesultanan Langkat. Pada saat yang sama dan di tanah yang sama, Amir Hamzah juga menjadi Asisten Residen (Bupati) Langkat dari Republik Indonesia Yogyakarta.
Di Simalungun, pembunuhan dan perampasan harta juga terjadi. Dalam tulisannya berjudul “Revolusi Sosial Berdarah di Simalungun Tahun 1946”, Pendeta Juandaha Raya Purba Dasuha menuliskan kisah pembantaian itu. Dia membantah sebutan ‘Raja-raja menindas rakyat’ yang selama ini disebut-sebut sebagai dasar pembenar dilakukannya pembantaian.
Saya lalu menanyakan tentang kebenaran “raja-raja menindas rakyat” yang diutarakan oleh Batara Sangti tersebut kepada Tuan Kamen Purba Dasuha putera raja Panei terakhir dan Tuan Djariaman Damanik Raja Muda Sidamanik terakhir. Dengan nada diplomatis, Tuan Kamen balik bertanya kepada penulis, “Apakah kaum pendatang tidak pantas untuk menghormati dan tunduk kepada aturan pemerintah yang berlaku di Panei?” Dengan menunjuk persawahan yang luas di sekitar Pamatang Panei sampai ke Sabah Dua, Tuan Kamen berkata, “Kalau ayah saya menindas pendatang dari Tapanuli ini, tidak mungkin mereka dapat memiliki persawahan dan pemukiman yang luas di Panei ini. Justru kami sebagai ahliwaris raja Panei yang akhirnya kebagian lahan warisan yang paling sedikit dibanding kaum pendatang.” Sementara itu Tuan Djariaman Damanik juga berkata senada dengan Tuan Kamen Purba Dasuha, dia mengatakan bahwa jika Tuan Sidamanik menindas para pendatang dari Tapanuli tidak akan mungkin penduduk Tapanuli yang pindah ke Sidamanik melampaui jumlah penduduk asli Simalungun dan menguasai tanah yang lebih luas dari keturunan Tuan Sidamanik,” tulis Juandaha.
Juandaha juga mengutip hasil penelitian Tengku Luckman Sinar yang membuktikan bahwa tindakan segerombolan orang republiken itu, atau yang mengaku demikian, merupakan proyek rahasia dari Markas Agung pimpinan komunis Sarwono, Zaina Baharuddin, dan Saleh Umar, serta eksekutor lapangan A E Saragihras dari Barisan Harimau Liar (Ku Tui Sin Tai) di Simalungun.
“Dalam pemeriksaan oleh pihak berwajib mereka mengaku bahwa tindakan itu digerakkan atas perintah Sarwono, Saleh Umar dan Yacob Siregar sebagai gembongnya untuk menghapuskan kerajaan di Sumatera Timur yang dituduh penghalang pada kemerdekaan. Eksekusi dilaksanakan mulai pukul 00.00 WIB tanggal 3-4 Maret 1946 tepat pada saat Gubernur Sumatera tidak berada di Medan, sebab pada hari itu Gubernur sudah “sengaja” diatur Markas Agung untuk kunjungan ke Sumatera Selatan. Kehadiran Gubernur Teuku Mohammad Hasan di Medan dianggap akan menggagalkan rencana Markas Agung tersebut,” tulis Juandaha.
Pada September 1947, Tengkoe Mochtar Aziz, saudara muda dari Sultan Langkat, menyampaikan pidatonya di Pusat Radio Resmi Indonesia. Dia bercerita tentang apa yang dialaminya selama di tahanan di Tanah Karo. Isi pidatonya kemudian dimuat di harian Pandji Ra’jat pada 2 September 1947. Adapun koran ini, sebagaimana koran-koran terbitan lama, dikumpulkan oleh lembaga bernama Institute for War, Holocaust and Genocide Studies di Belanda.
“Di sini, bukan maksud saya hendak membuat propaganda, melainkan menerangkan apa yang sebenarnya terjadi. Supaya seluruh rakyat di kepulauan Indonesia dapat mengetahui dan menimbangnya dengan sebaiknya,” begitu Mochtar Aziz membuka pidatonya.
Pada bagian awal pidatonya, Mochtar Aziz menjelaskan betapa kesultanan-kesultanan di Sumatera Timur pada dasarnya bersedia bekerja sama dengan republik di Yogyakarta. Dan pada Februari 1946, sebelum pembantaian dilakukan, raja-raja dan Komite Nasional Pusat Sumatera Timur mengadakan pertemuan di Kota Medan. Pertemuan yang dihadiri seluruh pembesar republik memutuskan untuk membentuk daerah Sumatera Timur dengan demokrasi. Mereka menargetkan bahwa pada Mei 1946 pemerintahan yang baru itu sudah bisa berjalan. Akan tetapi, masa-masa itu Kesultanan Langkat dan yang lainnya macam sedang dalam kondisi hamil tua. Dan peristiwa berdarah pada Maret 1946 itu membuat apa yang pernah mereka bicarakan dan putuskan tak pernah terjadi.
“Saya pertama kali diambil dari rumah saya dengan janji akan diperiksa sebentar di markas, walaupun waktu itu jam 2 malam, saya lalu (ikut-red) juga karena saya percaya saya tidak akan dapat kesusahan oleh karena saya adalah anggota dari komite nasional. Sayang, perikemanusiaan tidak ada lagi. Saya sampai di markas, terus di bawa ke satu tempat, 40 kilometer dari tempat saya, dengan tidak sempat hendak memberi kabar pada istri dan anak saya ke mana saya dibawa. Dari sana, saya dibawa ke Berastagi. Waktu itu, pada istri dan keluarga saya yang tinggal, dikatakan saya telah dibunuh. Inilah yang kami tanggungkan selama 17 bulan, dengan tidak tahu pada siapa kami mengadukan hal yang kami deritai,” cerita Mochtar dalam pidatonya.
Mochtar Aziz kemudian melanjutkan ceritanya selama di tahanan.
“Selama di tahanan, tidak sedikit penghinaan diberikan pada kami. Kami orang tahanan diberi gelar kambing, dari itu, kami tak bisa bergaul dengan manusia biasa. Buat makan, kami dilainkan. Buat mandi seminggu sekali, mesti dengan hewan,” sambung Mochtar.
Mayjen TNI (Purn) Barkah Tirtadidjaja dalam memoarnya berjudul Mutiara Hati yang ditulis Adji Subela dan tebit pada 2008 menceritakan kisah pembantaian ini dalam bab ke tujuh berjudul Mutiara di Tengah Kelam. Kelam yang dimaksudkannya adalah penyerangan dan pembantaian itu sendiri. Dan dia sendiri tak menganggap itu revolusi, melainkan sebuah kerusuhan. Barkah adalah suami dari putri Sultan Langkat bernama Tengku Nurzehan.
“Kisah menyeramkan itu ironisnya terjadi dengan mengatasnamakan demi republik. Ketika Gubernur SumateraMr. T. M. Hasan mengadakan kunjungan kerja ke daerah Selatan, tiba-tiba segerombolan pemuda yang dimotori Volksfront membokong dengan melancarkan aksi kerusuhan,” begitu cerita Barkah sebagaimana tertulis dalam memoar itu. Volksfront adalah front rakyat yang dimotori oleh Partai Komunis Indonesia.
Pada memoar itu juga tercantum kutipan dari Tengku Amaliah, istri Tengku Amir Hamzah, yang menceritakan kisah ketika suaminya diculik. Kutipan itu diambil dari buku hariannya.
Suatu pagi di Bulan Maret 1946. Serombongan Barisan Pemuda berbaris sambil bernyanyi-nyanyi lewat di depan Istana Binjai. Sore, beberapa orang datang ke istana mengambil Amir dengan alasan ‘dipinjam’ sebentar. Nanti akan dibawa kembali….
Sebelum meninggalkan istana, Amir ia sempat mencium kening putri satu-satunya, Tengku Tahura (Kuyong) yang kala itu berusia tujuh tahun.
***
Asahan kini menjadi kabupaten dengan ibu kota di Kisaran. Adapun Tanjung Balai sudah memisahkan diri dari Asahan dan menjadi kotamadya. Sebagai kabupaten, Asahan berada di dalam Provinsi Sumatera Utara, Republik Indonesia. Istana kesultanan Asahan pun sudah tak lagi berjejak. Sultan dan keturunannya kini menjadi kepala adat yang tak memiliki konsekuensi politik. Bahkan, tanah tempat istana itu dulu berdiri kini berubah jadi jajaran rumah toko. Lapangan hijau di sekitar istana pun kini sudah dikelilingi pagar dengan sebuah tribun besar di salah satu sisinya. Lapangan Sultan Abdul Aziz, namanya.
Pada saat yang sama, hari ini Masyarakat Tanjung Balai agak kesusahan untuk bisa menikmati pendidikan tinggi. Tak ada universitas atau sekolah tinggi di kota ini. Jika ingin kuliah, tempat paling dekat yang mereka bisa tuju adalah Medan, Siantar, atau Kisaran. Sebagian besar pekerjaan mereka adalah nelayan dan pedagang.
Tengku Alex kini menjadi Nazir di Mesjid Raya Tuan Ahmadsyah. Dia menyayangkan Tanjung Balai kini yang tak begitu berkembang.
“Padahal kami punya pelabuhan yang bisa menghubungkan kami dengan perdagangan internasional,” kata Alex.
Sementara Yasir meyakini hingga kini bahwa ada yang menghasut rakyat Asahan dan negeri-negeri lain di Sumatera Timur.
“Sebelum revolusi, ada semacam fatwa yang beredar di masyarakat waktu itu, katanya darah raja itu halal,”ujar Yasir.
Dalam sejarah Republik Indonesia, peristiwa Maret 1946 yang menimpa kesultanan-kesultanan di Sumatera Timur disebut sebagai ‘revolusi sosial’. Dan pada narasi macam itu, Yasir tak paham. Meski istilah ‘revolusi sosial’ sudah dia dengar sejak dahulu hingga kini, namun dia tetap tak tahu apa sebenarnya revolusi sosial itu. Menurutnya, keinginan untuk menghapuskan negara kerajaan tak murni datang dari rakyat sendiri, tapi dari hasil propaganda di Yogyakarta.
“Ini murni pembunuhan dan perampokan besar-besaran,” tambah Yasir.
Haniah yang ditemui di rumahnya juga punya kegusaran serupa.
“Kalau memang ingin menghapus kerajaan, kenapa Kesultanan Jogja itu masih ada sampai sekarang?… Apapunlah alasan mereka, pembunuhan dan perampokan itu kan tetap kejahatan?” ujar Haniah.
Tengku Haniah kini berusia 85 tahun. Kenangan getir yang dialaminya masih terngiang jelas. Dia kini menetap di Jalan Pattimura, Medan. Matanya berkaca-kaca ketika menceritakan betapa dirinya bertahun-tahun mencari keluarganya yang hilang, juga suaminya yang tak kunjung pulang.
Untuk bisa bertahan hidup, setelah kehilangan seluruh harta bendanya, Haniah pernah bekerja melinting rokok hingga membuat bunga dari plastik.
“Siapa lagi yang bisa diharap? Bekerja sendirilah,” kata Haniah.
Tengku Muhammad Yasir yang setahun lebih muda dari Haniah kini juga menetap di Medan, di Jalan Sisingamangaraja. Tragedi Maret 1946 masih diingatnya dengan baik. Dengan gigi yang nyaris habis, dia masih lancar bercerita. Begitu juga dengan Tengku Rahimah, yang kini masih setia mendampingi Yasir. Takdir kemudian memang mempertemukan mereka berdua. Yasir dan Rahimah menikah pada 1950.
Hingga hari ini, tak ada pengusutan sekaligus mendapatkan siapa penanggungjawab dari pembantaian massal di Sumatera Timur. Mereka yang menjadi korban pun tak semuanya terdata.
Dan apa yang menimpa Sumatera Timur ini juga terjadi di banyak negeri. Sebut saja Bandung dan Surakarta di Pulau Jawa atau Bali. Dan, sebagaimana Sumatera Timur, kekacauan demi kekacauan dan penyerangan demi penyerangan yang juga terjadi pada Maret 1946, atau bulan lain pada 1946, bahkan tak tercatat dalam buku-buku pelajaran di sekolah-sekolah. Tak ada pengusutan, tak ada pengungkapan, tak ada penanggungjawab, tak ada pelajaran yang bisa dipetik, tak ada ingatan, tak ada manfaat yang terasa. Yang ada hanya kematian dan kehancuran.

Kala Orang Minang Berganti Nama

$
0
0
Gusti Asnan.
Langit di Bukik Limau Manih mulai menghitam. Awan-awan menggumpal. Satu-satu rintik air jatuh ke bumi. Sepanjang jalan menuju Universitas Andalas, Padang, tepatnya Fakultas Ilmu Budaya, guruh tak henti menggelegar dari langit.
Di atas kendaraan roda dua yang mendaki jalan beton dengan kecepatan 20 sampai 40 kilometer per jam itu, teringat saya pada cerita umi (nenek) soalPemerintah Revolusioner Republik Indonesia. Biasanya, kejadian perlawanan itu disingkat menjadi PRRI. Tapi di Sumatera Barat, orang menggunakan istilah ‘peri-peri’ untuk hal yang sama.
Umi bercerita bahwa pada suatu masa para tentara dari Jawa datang berkapal-kapal ke Pelabuhan Taluak Bayua (Teluk Bayur). Dari obrolan dilapau (kedai), menurut carito induak-induak (cerita ibu-ibu), tentara-tentara itu menculik dan membunuh satu demi satu datuak-datuak, cerdik-pandai, dan .angku kadi (para guru mengaji), serta masyarakat Minang lainnya. Mereka mengangkat badia (bedil, pistol) untuk melawan masyarakat Minang. Tak tahu pasti apa tujuan mereka datang ke Padang. Yang jelas, mereka menyebar ke beberapa daerah didarek (kawasan di Bukit Barisan).
Setelah melewati perjalanan dengan hujan yang kian menderas, tanpa terasa sampai juga saya di Fakultas Ilmu Budaya.
“Itu profesor sudah menunggu,” ujar seorang Bapak, barangkali dia dosen, sembari menyuruh saya masuk ke salah satu ruangan.
Dari kejauhan, tampak seorang lelaki berkacamata dan berpakaian kemeja lengan panjang berwarna putih. Dia sedang duduk dengan seorang mahasiswi. Ya, dialah Prof. Dr. Phil. Gusti Asnan, guru besar ilmu sejarah.
Gusti Asnan lahir di Lubuk Sikaping, Sumatera Barat, pada 1 Agustus 1962. Dia orang yang peduli pada rentetan peristiwa masa silam di Sumatera Barat. Salah satu yang luput dari ingatan banyak orang adalah masa dimana orang-orang Minang mengganti namanya dengan nama-nama yang berasal dari luar, umumnya Jawa. Konon, nama-nama itu diberikan oleh para orangtua setelah Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia tumbang di Tanah Minang. Perang Pemerintahan Revolusioner itu sendiri, bersama Sulawesi dengan Perjuangan Rakyat Semesta (Permesta), berlangsung selama sekitar tiga tahun, yakni 1958-1961.
Berikut adalah cuplikan wawancara Arif Budiman dari LenteraTimur.com dengan peraih gelar doktor dari Fachbereich fuer Sozialwisschenschaften Universiteit Bremen, Jerman.

Dalam suatu diskusi, Bapak pernah menyebutkan bahwa ada periode dimana orang-orang Minang mengganti nama-namanya yang khas dengan nama dari luar. Bagaimana itu terjadi, Pak?
Itu bagian dari penciptaan atau pemikiran identitas baru bagi orang Minang ketika mereka dihadapkan pada sebuah situasi dimana keminangkabauannya, dengan berbagai ciri dan identitas selama ini, dilumat oleh tentara pusat (Jakarta). Mereka dianggap sebagai “orang kalah”. Jadi, setelah kalah, mereka ingin mencari identitas baru untuk lebih survive (bertahan hidup-red). Kalau tidak dicari identitas baru, ya tidak berlangsung kehidupan. Mereka akan tetap dicari oleh tentara pusat, untuk dibunuh.
Bagaimana caranya orang Minang mempertahankan hidup kala itu?
Ya salah satu caranya dengan menjawa-jawakan dirinya. Mencoba mengadopsi apa yang diinginkan oleh pusat. Karena pusat memang ingin mensentralisasikan Indonesia ini, bahkan Minangkabau, sesuai keinginan mereka. Nama-nama itu umumnya lekat pasca-PRRI. Termasuk gaya, (dimana) orang Minang (menjadi) seperti Jawa. Tapi, nama Jawa yang mereka gunakan ada artinya, ada kreasi mereka ciptakan. Contoh, kemarin saya makan nasi Padang di Jakarta. Nama yang berdagang itu Parmanto. Ternyata artinya ‘Parikmalintang’ dan ‘Toboh’. Ayahnya dari Parikmalintang, ibunya dari Toboh. Jadilah Parmanto. Kedua daerah itu dari Piaman (Pariaman). Kedengarannya Jawa, tapi bukan Jawa. Ada Surianto, yang berasal dari ‘Surian’ (nama daerah di kabupaten Pesisir Selatan-red) dan Koto (salah satu suku di Minang-red).
Jadi nama-nama itu juga pengkodean ya, Pak?
Ya. Menariknya, orang Minang kan orang kreatif. Memang mereka mengadopsi nama Jawa, tapi tidak 100 persen nama Jawa. Ada kreasi di dalamnya. Ada penciptaan. Soeharto, Soekarno, kan nama Jawa. Memang namanya mirip seperti itu, tapi ada kreasi di dalamnya. Contohnya yang saya bilang tadi.
Lantas, jika mengambil contoh, bagaimana dengan nama Gubernur Sumatera Barat sekarang, Irwan Prayitno?
Itu yang tidak kreatif mungkin. Coba lihat, beliau lahirnya dimana? Apa betul ia lahir di Minang. Jika iya dari Minang, mungkin saja orang tuanya mengadopsi nama Jawa bulat-bulat. Sama dengan teman saya, Edi Suharto. Dia orang Lubuk Sikapiang tulen, tapi namanya nama Jawa, Dan sampai sekarang nama Jawa itu turun temurun ke anaknnya.
Apakah strategi nama itu untuk menutupi kekalahan mereka?
Itu memang strategi untuk tetap bertahan. Kalau mereka tetap mempertahankan identitas lamanya yang khas Minang, seperti mereka yang bernama Burhanuddin, Syarifudin, Baharuddin, Syamsul Bahri… Dari nama itu nampak sekali Minang yang kalah tadi. Nah, kalau mereka masuk sekolah-sekolah yang dikuasai pusat, susah dan sangat diseleksi.
Itu umumnya terjadi kapan, Pak?
Ya setelah PRRI langsung terjadi. Tahun 1958. Terutama dimasa-masa saya lahir tahun 1960 ke atas, dan seterusnya. Sejak itu nama orang Minang aneh-aneh.
Nama bapak sendiri Gusti Asnan. Apa itu juga korban dari kekalahan PRRI?
Iya. Mana pula ada nama orang Minang itu ‘Gusti’. Kata orang tua saya, nama ‘Gusti’ itu singkatan dari ‘Gus’ (yang artinya) lahir dibulan ‘Agustus’, ‘ti’ (dari) bidan tempat saya lahir (yang) namanya ‘Eti’. Sedangkan ‘Asnan’ itu dari nama ibu saya, Asyiah jadi ‘As’, dan bapak saya ‘Syahminan’ jadi ‘nan’. Digabung jadi ‘Gusti Asnan’. Jelas tidak ada hubungannya dengan Gusti yang di Bali atau Kalimantan.
Berarti kalau tidak mengubah nama, artinya tidak diterima di pusat?
Oh, bukan. Tapi itu memang bagian dari kecerdikan mereka untuk punya akses ke pusat, dan hidup di dunia baru.
Kenapa begitu?
Perlu diketahui, pasca-PRRI tadi, Minangkabau ini betul-betul dikuasai oleh Jawa. Tidak ada yang tidak dikuasai oleh Jawa sekitar tahun 1958 itu. Coba baca buku saya “Memikir Ulang Regionalisme di Sumatera Barat tahun 1950”. Hanya tentara dan Jawa yang berkuasa di Minang ini. Tidak ada celah untuk mengeksiskan Minangkabau itu kembali.
Di tingkat nagari pun yang berkuasa militer, perpanjangan tangan dari mereka (pusat). Yang berkuasa saat itu Penguasa Perang Daerah (Peperda) itu tentara. Walaupun gubernurnya Harun Rang Kayo Basa, tapi yang berkuasa tetap militer. Tentara semena-semena sekali saat itu.
Jadi karakter nama saat itu seperti apa?
Nama itu dibikin aneh-aneh. Disingkat-singkat. Dan itu punya arti. Nama itu dibuat oleh orang tuanya. Pada masa itu nama-nama seperti itu yang disukai dan bisa diterima. Sehingga kesan kita (Minangkabau) sebagai orang-orang PRRI itu berkurang. Agar terputus juga dengan masa lampau.
Efeknya seteleh ganti nama itu?
Lahirnya orang-orang baru dengan spirit baru. Terutama bagi orang-orang tua, yang saya lihat untuk menghilangkan kesan agar mereka tidak begitu Minang lagi. Memperbarui diri, tapi tidak memutuskan.
Selain itu, segala urusan di Wali Nagari bisa mudah. Contoh saja ketika ibu saya melaporkan kelahiran saya ke Wali Nagari Pauh-Lubuak Sikapiang, itu gampang. Wali Nagarinya komunis. Nah, kalau muncul nama-nama baru itu, senang sekali hatinya. Mudah mendapatkan tanda tangan untuk akta kelahiran, pun melaporkan kematian. Tapi coba namanya Alamsyah, Burhanuddin, Charil, Anwar, dan lain sebagainya, Wali Nagarinya sinis.
Dan menurut literatur yang saya baca, bagi mereka yang merantau ke Jawa, mereka lebih mudah diterima. Baik itu untuk masuk polisi, AKABRI (Akademi Angkatan Bersenjata Republik Indonesia), dan sebagainya.
Apakah pergantian nama ini juga memiliki pengaruh terhadap kemunculan tokoh-tokoh baru dari alim ulama, cerdik pandai, di Minangkabau?
Saya pikir tidak jadi masalah. Contoh saja ada nama alim ulama Buya Boy Lestari Datuak Palindih. Itu kan tidak nama buya sekali. Ada lagi Jhon Kennedy Datuak Tumangguang. Kenapa seperti itu, karena pada masa itu, ada strategi untuk bertahan dan menyesuaikan dengan kondisi yang baru.
Untuk saat ini, efek nama Jawa itu apa masih melekat untuk generasi muda Minang?
Relatif. Nama-nama sekarang lebih berkesan Islami, seperti Arif, Habibi, Nuralifah. Balik lagi ke identitas baru, karena kita pada sibuk dengan ABS-SBK (Adat Basadi Syarak, Syarak Basandi Kitabullah) lagi. Nama-nama kejawaan tidak muncul lagi.
Apakah pergantian nama tadi disadari oleh generasi muda Minang itu sendiri?
Disadari baru akhir tahun 1980-an. Perubahan nama itu tadi jelas, disadari di bawah alam sadar mereka. Hanya strategi survival yang saya lihat. Jadi tidak ada gerakan yang disengaja untuk mengganti nama itu, cuma spontan saja. Baru tahun 80-an akhir ada ulasan-ulasan kajian seperti ini ditulis.
Awal tahun 2000 menjadi proyek besar (penelitian) di Singapura mengenai penamaan ini. Singapura mensponsori (penelitian) bagaimana penamaan dan gelar-gelar orang-orang di Asia, terutama di Asia Tenggara khususnya. Masuk di antaranya Minangkabau.
Jadi nama Minangkabau itu karakter aslinya seperti apa pak?
Minang adalah perubahan. Ada di ensiklopedia Nederlandsch-Indie dituliskan nama Minang yang sebenar itu adalah dari nama-nama alam dan benda yang ada di dalamnya, seperti Pauh, Manggih, Karuntuang. Itu yang pernah saya lacak. Setelah itu baru masuk nama-nama kehindu-hinduan, kebudha-budhaan, terus baru nama-nama keislaman. Setelah itu baru muncul nama-nama kejawa-jawaan dan singkatan atau pengkodean, dan baru dua dekade terakhir muncul kembali nama-nama Islam. Nama-nama Islam yang indah-indah itu seperti Rahman Hakim, Muhammad Amir, Amizan.
Bagaimana dengan bahasanya, Pak? Apa juga menjadi bahasa Jawa?
Lewat bahasa tidak begitu massif. Saat itu juga orang Minang mengalami eksodus besar-besaran. Mereka meninggalkan Minang untuk merantau. Jadi (tindakan) merantau itu paling banyak pasca-PRRI tadi.
Saat itu bagaimana kehidupan orang Minang sendiri?
Bayangkan saja suasana di kampung-kampung. Lewat di pos militer saja orang Minang sangat kuncun (takut sekali-red). Untuk mengatasi itu, ya seperti tadi, mengganti nama. Karena memang pada masa itu daerah Minangkabau dibanjiri oleh orang-orang Jawa.
Suasana kota kala itu bagaimana Pak?
Saat itu orang-orang yang ada di kampung lari ke kota. Penumpasan PRRI itu dipusatkan di kampung-kampung bukan di kota. Kota sangat mudah ditaklukkan kala itu. Yang paling lama bertahan adalah daerah Pasaman. Itu daerah yang paling lama untuk ditaklukkan. Pasca-PRRI itu, PKI (Partai Komunis Indonesia-red) sangat kuat sekali di Minangkabau, terutama di daerah-daerah. Sebab orang sudah banyak lari ke kota.
Dua tempat eksodus kala itu, pertama, dari kampung ke kota; kedua, lari keluar meninggalkan Sumatera Barat dengan tujuan Jawa.
Berapa banyak yang eksodus keluar Sumatera Barat?
Sampai ratusan ribu orang. Dan ini pertama sepanjang sejarah Minangkabau. Di tahun 1973 dan 1974, penduduk Minangkabau di Jakarta sama jumlahnya dengan penduduk Kota Padang. Secara persentase, orang Minang paling banyak di Jakarta saat itu. Dalam buku Mochtar Naim, ada diceritakan jumlah masyarakat yang eksodus itu.
Jadi kalau takuik di ujuang badia, pai kapangka badia(kalau takluk di ujung pistol, pergi ke pangkal pistol-red).
Tadi dikatakan PKI sangat berkuasa sekali di daerah-daerah pasca-PRRI. Apakah itu berpengaruh terhadap agama masyarakat Minang yang dikenal sangat kuat Islamnya?
Masalah pindah agama saya tidak menemukan. Tapi saat itu mulai masuk orang Kristen ke Minangkabau. Mereka masuk lewat program transmigrasi dari Jawa. Terjadi sekitar tahun 1950-an di Pasaman, walaupun sudah diajukan syarat oleh cerdik pandai Minang kalau yang mau bertransmigrasi ke Minang  harus orang Islam. Tapi mana mungkin orang bisa mendata mereka Islam atau Kristen. Dua atau tiga orang pasti ada orang Kristen di situ.
Nah, tahun 1956 masalah transmigrasi ini mulai ribut, sampai tahun 1960. Kita tidak bisa komplain dengan banyaknya transmigran masuk. Bagaimana bisa komplain, bupati Pasaman ketika itu orang komunis, namanya Joan Rifa’i. Dia komunis tulen, sampai tahun 1965 baru lengser. Saat itu diizinkan membangun gereja di Panti, Pasaman Barat, Bukittinggi.
Bagaimana reaksi orang Minang Pak?
Tidak bisa berbuat apa-apa, karena sudah kalah. Yang berkuasa adalah PKI dan Jawa tadi. Bagi mereka tidak masalah. Jadi kalau orang Minang masuk Kristen tidak banyak, tapi kalau orang Minang jadi Komunis sangat banyak sekali waktu itu. Bahkan tokoh-tokoh besar komunis itu dari Minang.
Tahun 1973-1974 terjadi eksodus besar-besaran penduduk Minang ke Jakarta. Nah dengan banyaknya eksodus kala itu, apakah berpengaruh sampai hari ini dengan kondisi Sumatera Barat yang jauh “tertinggal” dengan tetangga, seperti Riau atau Jambi?
Memang sangat berpengaruh sekali dengan sumber daya manusia kita. Peristiwa PRRI menghabisi orang-orang Minang yang hebat-hebat, baik alim ulama maupun cerdik-pandainya. Mereka memang ditumpas supaya tidak muncul ke panggung sejarah. Peristiwa itu dimulai tahun 1950-an tadi. Mereka-mereka itu, sebut saja, Muhammad Sjafei, Natsir, M.Rasyid, Datuak Palimo Kayo, dan masih ada puluhan atau ratusanlah.
Sudah itu berkuasa orang PKI dan Jakarta. Kala itu masih ada orang Minang, tapi pro dengan PKI atau “kiri”. Tahun 1965 (terjadi) kudeta (di pemerintah pusat). Orang-orang pro “kiri” tadi dihabisi pula sama Orde Baru. Berarti tidak berapa (banyak-red) orang Minang yang tinggal. Nah, yang tinggal sedikit itu sudah eksodus keluar pula. Apalagi yang tinggal di Minang ini!
SDM kita itu “memble” sekali (saat mengatakan ini, Gusti Asnan sampai memukul meja-red). Jadi yang tinggal itu memang sisa-sisa saja tahun 1965 itu. Jadi wajar dampak itu terjadi sekarang. Kita itu memang habis! Berbeda dengan Riau. Pasca lepas dari Minangkabau atau Sumatera Tengah, dia bangkit pelan-pelan. Apalagi dengan adanya otonomi daerah, dia punya duit membangun daerahnya. Sementara kita, orang-orang hebat itu pergi keluar.
Dengan kondisi sekarang, dimana ada orang Minang yang jadi menteri di kabinet, itu berpengaruh tidak dalam mendukung kemajuan Sumatera Barat?
Persentasinya lebih sedikit jika dibandingkan awal-awal merdeka dulu. Lihat awal kemerdekaan, (dari) enam tokoh nasional, empatnya dari Minang. Dari empat tokoh pembentuk negeri, tiga dari Minang, hanya satu dari Jawa; Soekarno. (Dari) Minang (adalah) Hatta, Syahrir, Tan Malaka.
Sekarang tak seberapa orang Minang yang duduk di kabinet. Dan perlu diingat pula apa pos yang mereka duduki di kabinet dan dimana dia dibesarkan. Apakah memang di Minangkabau? Paling cuma Gamawan Fauzi. Mereka yang besar di Minang ditempa dengan adat, Islam, dan budaya tradisi Minang, jadi ada ikatan dengan tanah kelahirannya.
Jadi menurut Bapak, kapan Minangkabau itu berjaya?
Sampai PRRI, Minangkabau itu jaya. Bahkan ada peneliti, Hanna Awlad dari Cornell University, tahun 1957, yang menulis bahwa orang Minang itu orang yang paling intelektual di Indonesia. The most intellectual people in the Indonesian. Sekarang jika dibandingkan dengan daerah lain, kita mundur.

Indonesia, Serikat yang Dilipat

$
0
0


















Setelah proklamasi Indonesia dibacakan pada Agustus 1945 oleh Soekarno dan Hatta di Jakarta, revolusi meledak. Salah satunya berakibat pada hancurnya negara-negara yang ada, yang banyak di antara petinggi-petinggi serta bangsawan-bangsawan negara-negara tersebut dibunuhi, ditangkap, atau melarikan diri.
Dalam masa 1946 sampai 1949, berdiri enam wilayah dan sebelas daerah otonom di kawasan Indonesia.
Negara tersebut adalah:
Negara Indonesia Timur, dibentuk pada 24 Desember 1946
Negara Sumatera Timur, dibentuk pada 25 Desember 1947
Negara Madura, dibentuk pada 20 Februari 1948
Negara Pasundan, dibentuk pada 25 Februari 1948
Negara Sumatera Selatan, dibentuk pada 2 September 1948
Negara Jawa Timur, dibentuk pada 26 November 1948
Daerah otonom itu adalah:
Dayak Besar, ditetapkan pada 7 Desember 1946
Kalimantan Tenggara, ditetapkan pada 27 Maret 1947
Kalimantan Timur, ditetapkan pada 12 Mei 1947
Kalimantan Barat, ditetapkan pada 12 Mei 1947
Bangka, ditetapkan pada 12 Juli 1947
Belitung, ditetapkan pada 12 Juli 1947
Riau, ditetapkan pada 12 Juli 1947
Banjar, ditetapkan pada 14 Januari 1948
Distrik Federal Batavia, ditetapkan pada 11 Agustus 1948
Jawa Tengah, ditetapkan pada 2 Maret 1949
Tapanuli (belum mendapat status Otonom)
Sejumlah orang menuding bahwa negara-negara ini merupakan boneka Belanda, kaki tangan. Akan tetapi, konsepsi negara federal, yang semula memang digagas oleh Letnan Gubernur Jenderal Van Mook, pada dasarnya diterima dan selanjutnya memiliki pengertian yang berbeda dari apa yang diinginkan Belanda.
Sikap-sikap yang diambil Van Mook membuat dirinya direspon secara berbeda di dua kawasan. Di Indonesia, ia sering kali dianggap sebagai anti-Indonesia. Namun, di Belanda, ia kerap dihina dan dianggap sebagai seorang yang pro pada Indonesia (termasuk pada Negara Republik Indonesia). Bahkan, dalam parlemen Belanda, ia diminta untuk dipecat sebagai Letnan Gubernur Jenderal dari Netherland Indie.
Zaman itu adalah zaman kekacauan. Perundingan-perundingan kerap diwarnai ketegangan. Salah satunya adalah ‘politionele actie’, atau kerap disebut agresi militer I dari Belanda pada 20 Juli 1947. Tindakan tersebut merupakan upaya penyelamatan penduduk dari serbuan pasukan Republik Indonesia dan ekstremis-ekstremis komunis. Di saat itu, banyak pengungsi China dan orang Indonesia, penduduk asli, yang lari dari kejaran-kejaran dan pembunuhan-pembunuhan yang dilakukan kaum ekstremis. Di Belanda, ada satu foto yang terkenal di seluruh dunia, yang berasal dari orang India dan China, yang membandingkan serangan laskar-laskar dan ekstremis dengan kekejaman Nazi di Bergen-Belsen.
Pada aksi tersebut, Dewan Keamanan Persatuan Bangsa-Bangsa memerintahkan kedua belah pihak untuk menghentikan perang dan melanjutkan perundingan. Namun, ketika perundingan demi perundingan dengan Republik Indonesia berlangsung dan begitu sukar, dengan situasi yang amat kompleks, dimana negara-negara lain di Indonesia ingin Republik Indonesia bergabung dalam Serikat, yang berkejaran dengan waktu untuk membentuk pemerintahan, Belanda lantas melakukan tindakan militer, pada 20 Desember 1948, yang mengarah ke ibu kota Republik Indonesia, Yogyakarta.
Hal ini terjadi karena Belanda sudah dipatok dalam berbagai perjanjian – Linggarjati, Renville, dan Malino – untuk segera membentuk federasi. Sementara, sikap dari Republik Indonesia tak menentu, yakni di seputar apakah Republik Indonesia akan disamakan dengan negara-negara bagian lainnya atau di luar itu semua, juga masalah dalam hal pemerintahan. Hal ini disebabkan adanya perbedaan pandangan dari internal Republik Indonesia, baik dari tentara, partai-partai sosialis, partai komunis, dan lainnya.
Namun, tindakan Belanda yang kedua ini menuai kemarahan dunia, termasuk Sri Pandit Nehru dari Asia dan Dr. Jessup dari Amerika Serikat. Selain itu, Perdana Menteri Negara Pasundan R.T. Adil Puradireja, dan Perdana Menteri Negara Indonesia Timur Ide Anak Agung Gde Agung, pun menyatakan kecaman dan kemarahannya. Keduanya lantas mengundurkan diri dari jabatan masing-masing sebagai bentuk protes.
Kelak, Republik Indonesia Serikat pun akhirnya berdiri dengan Soekarno sebagai presiden dan Mohammad Hatta sebagai perdana menteri. Hanya saja, ia kemudian dibubarkan satu persatu. Negara terakhir yang bubar adalah Negara Sumatera Timur dan Negara Indonesia Timur. Semuanya dilebur ke dalam Negara Republik Indonesia yang dahulu merupakan salah satu negara bagian.
Sumber:
Koninklijk Instituut voor de Tropen (1955). De Staatkundige en Politieke ontwikkeling van Indonesië in de 20 eeuw.
Dr. J.W. Meyer Ranneft (1949). Het Land dat verdween.
Willem Brandt (1947). Demarcatielijn.
Majalah Pengawal (1949). Diterbitkan oleh Jabatan Propaganda dan Penerangan Barisan Pengawal Negara Sumatera Timur.

SENARAI SULTAN , RAJA DAN DIPERTUAN NEGERI BESAR DI SELURUH MALAYSIA

$
0
0
Sistem beraja yang diamalkan di negeri - negeri melayu diwarisi daripada kesultanan melayu melaka . Sistem pemerintahan beraja merupakan sistem tertua yang diamalkan ditanah melayu .

Sehingga kini Malaysia mempuanyai bilangan pemerintahan beraja  diseluruh negeri sebanyak 9  . Antara negeri yang masih ditadbir oleh kerajaan raja - raja melayu ialah Pahang , Johor , Terengganu , Kelantan , Kedah , Perlis , Perak , Selangor dan Negeri Sembilan .

Gelaran Sultan mula digunakan setelah kedatangan Mubaligh islam di Melaka . Sebelum ini gelaran Sultan di panggil Raja atau maharaja . Namun pengaruh islam telah membawa perubahan besar atas sistem kesultanan . Sebelum kedatangan islam sultan dianggap dewa atau anak tuhan namun selepas kedatangan islam sultan membawa tanggungjawab sebagai ketua negeri yang sama tetapi tidak dianggap dewa ia dianggap wali Allah yang bertanggungjawab menyebarkan agama islam .

Namun selepas perjanjian pangkor pada tahun 1874 sistem ini tidak diamalkan . Tetapi dalam sesebubah istitusi perlembangaan negara raja merupakan kuasa tertinggi . Segala nasihat dan pandangan diambil kira termasuklah hal - hal agama islam dan adat istiadat melayu .


SULTAN PAHANG MAKMUR 

SULTAN AHMAD SHAH Al-MUSTA'IN BILLAH IBNI  ALMARHUM SULTAN ABU BAKAR  RI'AYATUDDIN Al - MUADZAM SHAH

DILAHIRKAN PADA 24 OKTOBER 1930 ( 82 TAHUN )

MENAIKI TAHTA KERAJAAN NEGERI  PADA 7 MEI 1974 HINGGA SEKARANG






SULTAN KEDAH DARUL AMAN

SULTAN Al-MU'TASIMU BILLAH MUHHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MUAD'ZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISAH

DILAHIRKAN PADA 28 NOVEMBER 1927 ( 85 TAHUN )

MENAIKI TAHTA KERAJAAN NEGERI SEJAK  14 JULAI 1958 HINGGA SEKARANG







SULTAN PERAK DARUL RIZWAN

SULTAN AZLAM MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GAFARULLAH

DILAHIRKAN PADA 19 APRIL 1928 ( 84 TAHUN )

MENAIKI TAHTA KERAJAAN NEGERI SEJAK  3 FEBUARI 1984 HINGGA MANGKAT PADA 
28 MEI 2014









YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUNKU MUNAWIR

DILAHIRKAN PADA 14 JANUARI 1948 (64 TAHUN)

MENAIKI TAHTA KERAJAAN NEGERI 29 DISEMBER 2008 HINGGA KINI








SULTAN JOHOR DARUL TAKZIM
SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUN SULTAN ISKANDAR 

DILAHIRKAN PADA 22 NOVEMBER 1958 (54 TAHUN )

MENAIKI TAHTA KERAJAN NEGERI PADA 23 JANUARI 2010 HINGGA KINI









SULTAN KELANTAN DARUL NAIM

PADUKA SULTAN MUHAMMAD V IBNI SULTAN ISMAIL PETRA
  
DILAHIRKAN PADA 6 OKTOBER 1969 ( 43 TAHUN )

MENAIKI TAHTA KERAJAAN PADA 13 SEPTEMBER 2010 HINGGA KINI










SULTAN SELANGOR DARUL EHSAN

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ

DILAHIRKAN PADA 22 DISEMBER 1945 ( 67 TAHUN )

MENAIKI TAHTA KERAJAAN NEGERI SEJAK 22 NOVEMBER 2001 HINGGA SEKARANG











RAJA PERLIS INDERA KAYANGAN

TUANKU SYED SIRAJUDDIN IBNI ALMARHUM TUANKU SYED PUTRA JAMALULAIL

DILAHIRKAN PADA 17 MEI 1943 (69 TAHUN )

MENAIKI TAHTA KERAJAAN NEGARI 24 APRIL 2002 HINGGA SEKARANG









SULTAN TERENGGANU DARUL IMAN

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH

DILAHIRKAN PADA 22 JANUARI 1962 ( 50 TAHUN )

MENAIKI TAHTA KERAJAAN NEGERI SEJAK 15 MEI 1998 HINGGA SEKARANG





Biodata Raja Nazrin Shah Sultan Perak Baru Ke 35

$
0
0

Biodata DYMM Raja Sultan Nazrin Shah Sultan Perak baru ke 35. Seperti sedia maklum, Sultan Nazrin Shah telah ditabalkan sebagai Sultan perak yang baharu bagi menggantikan Sultan Azlah Shah yang mangkat pada 28 Mei 2014 lalu. Keputusan melantik baginda sebagai Sultan Perak telah dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak pada 29 Mei 2014.

Nama Penuh: Sultan Dr Nazrin Muizuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Umur: 59 Tahun
Tarikh Lahir: 27 November 1956
Tempat Lahir: Pulau Pinang
Status: Anak Sulung Sultan Azlan Shah ( Sultan Perak Ke 34)
Jawatan Terkini: Pemangku Sultan Perak Baharu ke 35
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda dalam Falsafah,Politik dan Ekonomi  dari Kolej Worcester, Oxford. Sarjana (Master) Pentadbiran Awam daripada Kennedy School of Government, Harvard; dan Doktor Falsafah (PHD) dalam Ekonomi Politik dan Kerajaan dari Universiti Harvard.

Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinan 8 November ini

$
0
0

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Cik Khaleeda Bustamam.
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Cik Khaleeda Bustamam di Istana Besar di sini, pada 8 November ini.
Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata istiadat pertunangan dan pernikahan Tunku Ismail akan diadakan di Istana Bukit Serene di sini, pada Jumaat ini.
"Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris memberi perkenan untuk Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinannya.
Viewing all 112 articles
Browse latest View live